Joomla TemplatesBest Web HostingBest Joomla Hosting
Home

KEJOHANAN FUTSAL ASRAMA SEKOLAH HARIAN NEGERI SELANGOR 2013

Sub Unit Asrama, Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Selangor akan mengadakan Program Kokurikulum Asrama (PKA) Kejohanan Futsal antara asrama Sekolah-sekolah Harian Negeri Selangor Tahun 2013 dengan objektif mencungkil bakat murid asrama dalam bidang kokurikulum di peringkat negeri. Butiran program adalah seperti berikut:

 

Tarikh: 24 Oktober 2013.

Masa: 8.00 hingga 6.00 petang

Tempat: Gelanggang Futsal Frenzy, Seksyen 16, Shah Alam.

 

PROGRAM KOKURIKULUM ASRAMA (PKA) LAWATAN PENANDA ARAS KE ASRAMA SMK SYED ALWI, PERLIS DAN TAMPAT BERSEJARAH LANGKAWI

Sub Unit Asrama, Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Selangor akan mengadakan lawatan asrama pada ketetapan berikut:

 

Tarikh: 10 hingga 13 Oktober 2013

Tempat: Kedah dan Perlis

Pendaftaran: Peserta Diminta Melapor Diri Di Perkarangan Jabatan Pendidikan Selangor Pada 10 Oktober (Khamis) Jam 2.00 petang

Pengangkutan: Bas Disediakan Oleh Penganjur.

 

TAKLIMAT LAWATAN PENANDA ARAS ASRAMA HARIAN DAN KEJOHANAN FUTSALL ASRAMA HARIAN NEGERI SELANGOR.

Adalah dimaklumkan Sub Asrama, Unit Hal Ehwal Murid Jabatan Pendidikan Selangor akan mengadakan taklimat seperti di atas pada ketetapan berikut:

Tarikh: 11 September 2013

Masa: 10.00 pagi

Tempat: SMK Abdul Jalil, Hulu Langat.

 

Maklumat Terkini Asrama

Maklumat Terkini serta aktiviti terkini asrama boleh dirujuk di Blogger Asrama SMK UNgku Aziz

SILA KLIK LINK DIBAWAH

Laman Rasmi Asrama SMK Ungku Aziz,Sabak Bernam

Sila Follow Blogger untuk mendapatkan Info Terkini.

 

BENGKEL DAN KURSUS PENGURUSAN ASRAMA

BENGKEL DAN KURSUS PENGURUSAN ASRAMA
UNTUK GPK HEM DAN PENYELIA ASRAMA SEKOLAH-SEKOLAH
ASRAMA HARIAN NEGERI SELANGOR 2013

TARIKH    :     24 hingga 26 April 2013

TEMPAT   :     Pangkor Holiday Resort
                     Pasir Bogak Indah Sdn Bhd
                     32300 PANGKOR 

SASARAN :    GPK Hal Ehwal Murid dan Penyelia Asrama
                     Negeri Selangor

Terakhir dikemaskini (Selasa, 23 April 2013 10:02)

 
Pentadbir



FARIDAH BINTI MD ARIF
PENGETUA



EN AZMAN B ALI
Penolong Kanan


 

PN JAMALIAH BT JAHARI
Penolong Kanan HEM

 

PN NOORASIAH BT ZAINAL ABIDIN
Penyelia Asrama

 

 

 

Info Semasa
Maklum
Sabtu, 22 Disember 2012



Penggal Persekolahan akan bermula tidak lama lagi.  Pihak Pengurusan Asrama mengalu-alukan kehadiran pelajar asrama yang ditawarkan ke Asrama SMK Ungku Aziz Sabak Bernam.  Untuk makluman Ibubapa dan Penjaga pendaftaran kemasukan ke asrama pada 1 JANUARI 2013 bermula jam 10.00 pagi hingga jam 2 petang.  Pendaftaran bertempat di Dewan Makan Asrama.  Sekian dimaklumkan..

Details ...

Hadith Pilihan
Hadith 37
Daripada lbnu 'Abbas r.a. daripada Rasulullah SAW, Baginda meriwayatkan suatu riwayat dari Allah SWT. Allah berfirman:

Sesungguhanya Allah telah menulis segala amal kebajikan dan amal kejahatan, kemudian Dia memperjelaskannya; maka barangsiapa yang terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan lalu dia melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sepuluh kebajikan sehingga 700 kali ganda dan sehingga berlipat-ganda yang sangat banyak. Dan sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis di sisi-Nya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan dan dia melakukannya, Allah akan menulis kejahatan itu di sisi-Nya dengan satu kejahatan sahaja. Lihatlah wahai saudaraku! Semoga Allah memberikan taufiq kepada kami dan kepadamu ke arah mencapai kelembutan Allah Taala yang agung, dan renungilah lafaz-lafaz ini (iaitu lafaz-lafaz hadith ini).

Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.